Seronok lihat lelaki sogok wang


KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).
Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.

Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.

Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.

Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.
“Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya,” katanya.


sumber:Harian Metro


Macam tulah ceritanya,harap harap gejala ni dapat dikurangkan dengan segera.Tak mau dah penipuan segala penipuan kat fb.Pemberian kasih sayang ibu bapa pun effect.Kesian Liana.

No comments: