Saya penat,ok.PENAT!


Pagi tadi badan aku rasa lemah gila.Ok boleh tangkap la gak .Waktu geo ngan pi aku dah fed up.Nak keluar dari kelas takut terlepas topic cikgu.Aku rasa macam nak pergi tandas je buang mucous harem tuh.Sesak nafas aku dibuatnya biar lama lama.Sucks.= =.Tapi aku suka BI and MATH.As usual,subjek yang aku paling suka tapikan......

Waktu BI kan cikgu suruh guna buku writing.Aku lupa nak bawak.OMG.Hilang terus mood aku.Walaupun senipis rambut kau tu.Ya.Rambut kau.Ya.Dahla aku suka buat cerita.Nasib baik Husna ada.Wonder Woman aku.:') Dia bagi kertas dia la.And aku tak ingat dunia terus tulis apa yang aku nak cakap pasal FIRST IMPRESSION ABOUT MY TEACHER.Laju tau aku tulis.Banyak lak tu.*fine,aku perasan,but who cares?*But tak pasti grammar betul or not.Bila aku baca balik macam ok.Baca balik macam tak ok.

Math lak,aku suka kira kira.Best woo Math.Aku tak tahu kalau kau tak suka math.Aku tak kata subjek lain aku tak minat.Semua aku suka.Tapi top 2 la.Hehe.*sempat bersin lepas taip ni,adeh*

Esok cuti esok cuti.Homework still ada tapi tak banyak,BM,MATH,GEO.Tiga tiga subjek aku suka.Wawawa.K,bye.Nak fikir nak tidur ke tak.Badan aku rasa lemah.lol.tetibe je.

Holiday Sometimes Are Not Cool.


Ok fine.Tadi niat nak buat post terbantut sekejap.Haha.Oh well,tak tahu nape tetibe ada masa nak update blog.I mean,masa tak banyak.Hari kerja tak banyak pun,PEACE!Hehe,kerja Math je.Esok maybe ada banyak kerja sebab lusa cuti.WHAT,CUTI?Yeah,give me your High 5!For me,cuti tak best pun.Apa nak buat babe.Duk rumah,date with homeworks,pandang twitter.

Health problem.I can't breathe properly.The fleu sucks.Kacau betul.Kawan lain sedut udara kemain nampaknya.Aku yang macam tak larat gila.Tambah dengan batuk macam bom.Dalam kelas tak boleh fokus sebab asyik batuk and tetiba rasa nak pitam.Good.Tapi saya kuatkan hati.Takut jatuh atas sesiapa ke.Hikhik.Nasib nasib.

Apa?Lagu kat blog?Ngee,sedapkan hehe.Nak tahu ke?Lagu Ours-Taylor Swift.Pergi search kat youtube cepat cepat tau.Pastu letak kat blog.Kita pakat yoh!*bersin*Payah betul bersin ni,free je spray udara yang sedia bersih.Is it me or memang musim tak sihat ni?Nampak macam aku sorang je la.Fine.*foreveralone*

Tadi sempat skodeng blog kak Anis.Eh,tak update lagi ke?Hmm takpela.Maybe hari ni dia update.:') K bye.Malas nak tulis panjang panjang.Keep in touch.Ka-ching!:')

Oh Tidak,ujian lagi.


Hey,health problem saya makin menjadi.You know,tak cukup dengan batuk dan selsema sekarang lagi teruk.I dont know la sebab satu hari nak hembus suddenly ear drum sakit sangat.Since that day nak hembus hingus,menguap mesti macam ARKKK!!!!!!!

Ok la.Sabar sabar.Tapi korang tak dapat rasa ke aura nak sekolah aku membuak buak!Aku nak sekolah.Tak nak stay kat rumah je.Hari ni mungkin parents bawa pergi klink.Again.Sebab sakit ni gak.Meh nak cerita sikit.Aisya pernah gak kena sakit telinga ni.And memang menyakitkan gila.

Sama la jugak.Start dengan batuk and selsema.Lagi teruk keesokan harinya Aisya kena naik flight.Err,tekanan udara.Punyalah mak belikan chewing gum sebab nak kunyah.Kurangkan sakit la kan.Tapi sikit pun tak jadi.Dah la duk tepi tingkap.Memang Ya Allah.Can you believe it?Kapal terbang kena fueling kat Labuan.Kalau totalkan memang 4 jam.4 jam dalam kapal terbang bertarung dengan kesakitan tu.

Gila ah.Sekarang jadi balik.Saya rasakan memang akan jadi macam dulu.Seminggu baru lega.Huhh.Itu pun ada ubat doktor bagi.Kalau doktor tak bagi?

Hope dapat pergi sekolah macam biasa.Bukannya best pun duk rumah.Bosan gila kot.Macam dalam tahanan jepun.=.-.Really.

Semalam kak sepupu belikan donut.Banyak!Sedap!Saya dapat 2 yang tersedap dulu!Hehe!

What Happen?


Fine.Saya tukar skin lagi.And Im fall in love with this skin.So cute.......Hurm,pipink is my favourite.Uhh, tak boleh guna purple.Pink lagi cute.Macam bunny loor.Hehe.Hug my nb.But sikit tak puas hati because tulisan dia terlebih cute.Nak tukar font tak tahu nak buat macam mana.Need your teach bloggies.:')

Tapi kan saya rasa makin tak sihat.Urm,I think there's something wrong with my ear drum.Berdesing and kinda bunyi pelik.Sakit la gak.Jangan lari.Im telling the truth.If you don't believe me ,then I kick you away.Fine.Tak kisahla.Semalam mengadu kat parents pasal ni and they were like 'hmmm ok ok'.=.= *foreveralone*

Doing math is so fun.Kalau takde calculator memang tak berapa seronok.Hahah.Im doing it in A4 paper.Lepas buat terenyuk dan terbuang dalam tong sampah.0.0.I know it's terrible.Baru saya sedar,.Uhuk uhuk.And SEKARANG baru tahu my mum suruh buat dalam buku.= =.Kureng betulla.Takpe la.Buat lagi.Hewhew.My mum suruh buat hari hari.And Im doing it with my bf internet.ILYSM.Mmmm.Im not a weird person.Shut your mouth.

Eh jap jap.Someone sent me this:



Dah klik dah pun.Ok boleh dikatakan awesome la gak.Macam usher sikit.Memang la aku nak RT balik.Tapi nanti terkeluar broken english kang.Aku bukannya pandai reka ayat english ni ha.= =.

Kita akan pakai kain kapan juga sayang....


Hey bloggies.Alhamdulillah kesihatan saya semakin baik.Tekak ok,selsema tak dah ,batuk pun tak teruk sangat walaupun saya tidur dengan air cond gak.Hehe.Nasib baik tak berapa sejuk kalau sejuk masih ok lagi kot.Hmm?Kalau nak tau saya taip post blog sebelum ni dalam wordpad.Internet bukan setakat disconnect.Tak jumpa abah punya unifi lagi.Pasrah je le.Bergantung to this.Thanks wordpad.:)

Oh ye,ada cerita hot.Emm,hot la sangat.Ok korang akan kata macam tu.Bagi yang alert dengan sekeliling tu korang mungkin kenal dengan Allayarham Izwan Pilus.Ha?Allayarham?Bagi yang tak tahu tu marilah kita luangkan masa untuk membaca al Fatihah sekejap.Untuk tenangkan roh dia di sana.Wallahualam.Sesungguhnya kita juga akan mati.Bersedialah dari sekarang.Internet memang internet.Ibadah,amal jangan lupa.Jangan sampai internet melalaikan.

Siapa Allayarham Izwan Pilus?Ala,penyanyi lagu,emm dah lupa la.And,aku rasa korang tahu kalau aku sebut Aril Af7.Kan kan?Ha,abang Aril lah adik kepada Allayarham.Kalau tak silap dia meninggal 23 Januari 2012.Dan hari ni 27 Januari.Jadi nak dekat seminggu pemergian dia lah kan.Dan walaupun aku tak alert dengan kontroversi artis segala bagai whatever ni.Aku tak pernah dengar pun gosip liar pasal Allayarham.Ok mungkin korang akan kata'Baik gila Allayarham ni.Confirm masuk Syurga'

Hello.Korang bukan Allah ok,nak tentukan mana setiap roh pergi.Tak semestinya orang yang baik masuk syurga.Mungkin orang jahat(bukan allayarham) ni sempat bertaubat kat rumahnya dan sehari selepas tu dia meninggal.Kita tak kenal hatinya.Kita cuma judge luaran dia je.Allah sahaja yang tahu amalan dia.Korang jangan la kata macam 'Confirm la dia ni masuk neraka sebab dia curi pensel aku'No.Itu dah menunjukkan korang tak terima takdir Allah S.W.T.

Aku tak kata aku orang baik.Sejujurnya aku pun pernah sakitkan hati orang.Aku pun pernah umpat orang.Astagfirullahalazim.Moga dosa aku diampunkan Allah .Amin.Sebenarnya kita pun tak sedar kita buat dosa.Sebab tu lah kita sentiasa bertaubat.Kita ni hamba yang lemah.Sentiasa mengucap Astagfirullahalazim.Moga dijauhkan dari membuat dosa.Moga sentiasa mengingati Allah.

Uhuk uhuk .Ni yang aku rasa macam nak hmmm.Batuk dan selsema masih melekat kat aku.Semoga Allah pulihkan kesakitan aku.Aku tahu sakit itu sedikit sebanyak membuang dosa.MasyaALLAH.Aku nak bertwitter lak.Hehe.Nak lepas tension.Fine .Lepas sekolah seminggu lepas tu cuti balik.Ei?Cikgu ,bagi je la cuti 3 minggu.Bagi homework extra pun takpe cikgu .Hehe.Biasa.Ok bye.

Ok so korang jadikan pemergian Allayarham sebagai pembakar semangat korang untuk bertaubat.Ye ye?Bukak la internet macam mana pun.Ingat Allah.:)

Cukuplah tu .Aku tak sanggup.


Hello guys.This entri maybe panjang.And emosi sikit.So kalau rasa akan bosan bila baca boleh exit.Sorry but takde tempat nak luahkan perasaan selain blog dan twitter.Facebook macam harem.Sikit pun tak menenangkan.Menyakitkan adalah.Facebook aku azam aku tak nak bukak.I mean,nak jarang jarang je la.Okay.

So korang boleh blah kalau tak suka baca entri emosi like this.Exit button dah makin merah.Tinggal korang nak tekan je.Ok?No harsh words ok.Bukan nak minta publisiti.Cuma nak luahan.Kenapa masih baca lagi.Pergi BW blog orang lain.Ok sorry laser sikit.

Ok lets start.Aku tahu semua ada masalah.Aku pun ada.Masalah aku adalah orang tak percayakan aku.Like sorang ni beritahu kawan ni ,aku ni tak pernah kata dia ni baik.Mengumpat sentiasa.Kawan ni lak percaya semua kata kata kawan yang beritahu dia .I mean,cubalah macam urgh.Cubalah siasat dulu apa yang orang tu cakap.Ni main percaya je.Sakit hati betul.

Lepas tu kan,apa yang aku buat semuaaaa salah.Ini salah ,itu salah.So,awak je yang betul ekk?Fine.Saya hormat awak sebagai orang yang lebih tua.But awak buat saya tak hormat dah.Tak semestinya junior je yang hormat senior.Kenalah sama sama contribute kan.Ini buat sakit hati betul.URGHHHHH.Macam nak lari dari situ je.And get  my own life outside.

Webmistres.Cubalah percayakan saya walaupun 1% je pun.Oh ye,mentang mentang dia lagi pandai dari saya lah,you treat HIM more than a king.KING!Saya terpinggir ok.Saya tak rasa yang saya ni bermakna bagi awak.Memang saya manja.Tapi takla sampai tak tolong awak dalam semua kerja awak.

Saya takde kakak.Cuma ada blog dan twitter.Kawan kawan saya dah ada geng ok.Kalau saya luah pun,diorang tak semestinya akan dengar.Diorang akan macam "urgh,ganggu masa aku".

Saya sakit takde siapa yang hirau.Kalau dia yang sakit.Pergh,macam layanan king je ekk.Saya ni kawan siapa ?Saya ni adik dan anak siapa sebenarnya?Ok,saya dah start nak menangis.Dahla selsema.Banjir hidung aku gak.Siapa yang tanggung?Aku ,bukan awak.

Saya tak rajin belajar?Melekat dengan notebook je?Ok please take note ok.Awak stalk aktiviti saya tak?Awak tak tahu ke saya ulangkaji jugak?Cuma cara santai.Ok fine.Saya masuk bilik awak nampak awak baca buku.And bila awak masuk bilik saya mungkin saya tengah online.Kebenaran tertutup di situ.

Air mata tak keluar kali ni.That's means hati saya yang menangis.Tak boleh bayangkan kan?Yela,fine.Awak pandai.Then apa lagi?Hensem.Genius.Intelligent.Ok puas en?Puas sangat kan?

Lain kali kalau nak tuduh saya malas ulangkaji ke apa ke.Fine.Saya suka sangat.Pastu buat sakit hati sangat belakang webmistress.Depan dia buat innocent la sangat.Mujur saya tak mencarut kat awak.Sila terasa.LELAKI ok.Bukan perempuan.

Pastu kan,ok tak habis lagi.Apa yang awak cakap mesti orang macam "WOW".But bila saya cakap sikit,awak potong.Pastu yang lain buat iya je.Saya tahu awak tak nak saya pandai dari awak.That's why awak sakitkan hati saya macam gila gila gila ni kan.Suka la tu saya sakit.Suka la tu orang describe awak baik baik je.Tapi sikit pun saya tak beritahu awak sebenarnya sape.

Kalau kita tutup aib orang ,Allah tutup aib kita.Saya banggakan awak depan orang lain.Sikit pun tak cerita buruk buruk pasal awak.Harap Allah akan tunjukkan kebenarannya.Harap awak cepat sedar dan menghargai saya.Webmistress pun sama.Saya sayang awak berdua sangat sangat.Korang yang tak pedulikan aku.

I know takde sape yang baca post ni.Lega sikit hati.Pergh panjangkan.If you read this till here.Saya harap awak tak cerita kat orang lain.Im not having PMS now.Please take note.Bye.Puas hati saya dapat luah kat blog.

Sila jangan menyampah.Kalau menyampah sila exit.I don't need harsh words in my comment.Menambah luka di hati je.Faham bahasa Malaysia kan?Good. :)




1st Header Awesome New Year Giveaway By Ain

Im joining this giveaway!Tau kenapa?Hadiah dia ada pashmina ...*mata bersinar*



Klik banner untuk join ok.Syarat syarat dia semua ada kat situ.Klik untuk ambil URL.

Ok here it goes:



Dua dua dah ditransparent siap siap.And korang tak boleh ambil ok!No no.Ni orang punya ok.Moga saya bertuah gak.Hehe.And I want that pashmina!


InsyaALLAH,I can Do It.


Uhh,sedikit bersawang la blog ni.Hehe.Perasan tak perubahan?Merah dan biru.Makes a perfect match!Uhmm ni mesti sebab nak menaikkan semangat.Hurm,I think.Really.Really!

Ok ,sebab kan.Apa apa yang baru mesti kita rasa bersemangat kan?Why I choose Red?Sebab nak cabar diri untuk exam ni!Blue?Sebab nak sentiasa cool menghadapi cabaran.Get it?Yeah.

Lagu pun saya tukar.Rolling in The Deep.Good job Adele.You make me choose your awesome song.Rasa macam nak jerit sekali tapi sakit tekak.Poor me.Tak boleh lepas stress.LOL.

Ok I know .Tahun lepas tak berapa bagus result.And InsyaALLAH.Tahun ni I'll make it better than last year.Macam azam kak Jaja.Kan kak Jaja kan?I'll pray for you too.:)

Hehe.Alhamdulillah.Homework tak siap lagi.I mean.DAH SIAP DAH!Hehe.Jap jap nak check .Hmmm.Ok done.

Sihat?Tak berapa sihat sejak balik hotel.Fleu ,throatpain,batuk.Then apa lagi?Ooo,advise:Jangan pasang aircond kuat kuat.I mean,jangan bagi sejuk sangat.Nanti jadi like me.:)Yes.Saya ada twitter.Hehe.Bolehla baca tweet tweet mengarut saya tuh.Hehe.>HERE<

Gambar tu?Kenapa?Terkejut ke?hoho,jangan tertipu lak.Gambar tu saya bloom je.Saya tak la cerah manapun.Macam awak.Yes,awak.Bukan dia.Bukan mereka.

I guess nak deacc fb.Tapi tak jadi.TERactivate masa nak design Fibox.Kan dia kena log in guna facebook.Ok.

I love Math!Math best!;)K,bye!

Grrr,bosan!

Hey,hari ni takde mood langsung ok.Nak bukak fb,nope.Twitter,nope.

Don't ask me anything.Bye.

Im back!


Hew hew sekian lama tak update blog.Im back.:)

3 hari 2 malam ni my family and I tak pergi mana mana pun,pergi Melaka sekejap,pastu menginap kat hotel D'99  
Muar,dan Seri Malaysia kat Mersing Johor.

Malas nak komen pasal hotel,makanan,blablablablab.

Takde apa apa pun nak cakap.Idea tiba tiba hilang.Adeii = =.Lama lagikan nak sekolah.Tapi my dad terpaksa balik awal sebab lusa nak kerja.And then yang bersekolah boleh melantak kat rumah je.Lalala.

Facebook notifications dalam 58 .Tapi  semuanya pasal blog.Blog,blog blog.Sebab tu lah lepas bukak fb terus update blog.Hehe.

Ok bye.

Thanks .



Awak thanks .Saya tahu awak tak maafkan saya.Tapi saya rasa awak baik.Dari dulu lagi.I just want to say that I want to learn from my mistakes.But I know Im unforgiven already.Seriusly I miss you.I hope I can see you.I hope that I can see your smile directed to me.Thanks for being kind to me.A person that have been a bad friend to you.Im just sorry.But I knew you never forgive me.But Im glad because you treat me so nice.Thanks cutie pie.

Itulah apa yang saya chat dengan dia.Hehe.Secretto.

Ok seperti biasa.Kerja sekolah.Classmates yang baik baik.Ok tapi bosan.Ok tapi bosan.3 kali saya ulang memang saya bosan.

Esok hari Jumaat.Balik awal.Then duk rumah.Nothing to do.Ulangkaji?Tengoklah kalau ada mood esok.Cewah.Nak belajar pun kena ada mood. = =" *mestilah*


Cool .





Hari khamis hari yang paling aku tak suka.Sebab?Paling berat beg dan paaaaaaaaaaling banyak subjek.Nasib baik balik awal.Phew.LOL.Ingatkan hari ni hari Jumaat esok hari Sabtu.LOL. = =

Hee,bestkan lagu kat blog.Oh nak pause tekan je kat sebelah slider tuh. .Butang play/pause saya transparent.Sorry.Bukan nak menyusahkan tapi mencantikkan*ceh*.Cuba button play/pause warna hitam.Ok ke?Ok kot .Nanti arr aku test.Kalau buruk siap la.

Oh takpe .Tekan la play button tu banyak kali.Hohoho.

Source:Wan Syahzanani Husna.



Hmm, you think if I open a new story book I will not being hurt like this again? :'/ I'm not sure for that. Setiap satu buku yg kita bukak adalah satu cabaran baru dlm hidup kita. Let me keep reading the old one. Let me learn from the old one. Let me only fall in love with the old one ♥



Aku ni berapa tahun sebenarnya?






Bloggies,saya baru balik dari aktiviti kokurikulum.Hurm,penat la jugak.But best kan?Penat itu sihat.hehehe.Meh aku nak cerita something.Aku sebenarnya kelab Math and Science.Nak convert ke kelab Gamelan.Jadi aku dan Nabilah kan nak pergi kelab Gamelan la kan.Ala ,terjah terjah gitu.

Husna kata kena cancel nama dalam senarai kelab lama.Hadui,takkan la nak panjat tangga ke bilik Math dan Science yang duk atas sekali tu?huh,penat penat!Jadi kitorang ambil shortcut (ceh shortcut la sangat) kitorang masuk kelas Gamelan (dan rancang nak cancel nama kemudian).So far so good .Ahli tak ramai tapi best.Lagi cepat kitorang belajar.

Aku masih teringat lagi zaman waktu aku darjah 6.Macam budak kecik.Lipat tudung put tak pandai.Tudung serabai.Baju tak berapa kemas.Main kejar kejar dengan kawan.Jangan gelak.Waktu darjah 6 memang macam tu.Then beg berat gila.

Dalam kelas aku tahu nak bazirkan kertas,kertas kertas.Tulis cerita mengarut then baling dari jauh.Harapan kertas tu masuk dalam bakul sampah kat penjuru kelas tapi tersasar.Jadi aku biarkan je.

Perangai aku jadi sedikit matang since bulan Ogos .Waktu trial aku mula jadi serius .Main aku kurangkan sikit.Pencapaian paling tinggi bagi aku 3A 2B.Parents aku kecewa.Aku belajar.UPSR 5 A.Cikgu terkejut beruk.Mungkin sebab aku kelas ketiga.Sape nak sangka kan.

Form 1 ,aku masih sama .

Form 2-Aku dah rasa macam orang 3 bulan nak SPM.Cubalah bayangkan,masa ni cepat sangat .1 tahun rasa macam cepat sangat.3 tahun lagi nak SPM.3 tahun tu celik mata je dah tinggal 3 bulan.Dan aku membesar dan makin tua keparat.




Aku ni berapa tahun sebenarnya?




I Hate You.




Fleu,I hate fleu!

First Giveaway By Butik fiQ'Ra


Join this 



klik banner untuk join

Tagged:

LyssaSecret
Anis Diyana
Farahin


Don't come to fast.




Ala ala,kenapa masa cepat sangat berlalu?Kenapa?Kenapa?Exam dalam 2 bulan lagi.Dan masuk form 1 dan form 2.What the H**L?Berapa minggu je nak masuk bulan 2.I mean,kenapa masa begitu cepat berlalu.Tak boleh ke tunggu kita walaupun 1 saat pun.

But tak boleh tolak hakikat.Nanti kita yang terkandas,nanti kita terkapai kapai seorang dalam laut sedangkan yang lain dah bernafas dengan sempurna di atas.You know what you mean?Masa tak menunggu kita.Masa tak mengejar kita, kita yang mengejar masa.

Lepas aku mengadu tak tentu pasal pasal exam mak aku kata,nak pergi mana mana pun bawa  buku .Nak cuti bawa buku,nak online dan blogging(macam sekarang)pun kena pegang buku.Uhh,masa masa.Kau cemburu sangat kat aku kenapa?Aku tak buat salah pun.

Hmm,ok la nenek aku dah bising suruh makan.

Always Love You.







Tadikan auntie saya bawa KFC.Ye ,KFC lagi.Tak ingat berapa banyak dah aku makan.Hehe.Auntie aku setiap kali datang rumah aku mesti bawa KFC.Ni yang sayang kat auntie ni .Hehe.

Jealous dengan makcik aku,asyik asyik pergi luar negara.Kali ni pergi celebrate new year kat Jepun.Baru balik.Tadi dia cerita pengalaman kat Jepun.Banyak bandar dia pergi.Dan lepas saya dengar pengalaman auntie aku kan ,aku kagum dengan rakyat Jepun.Penduduk dia lebih ikut ciri ciri timur.Adap?Sopan,berdisiplin.

Bengang,tadi aku tulis post ter refresh plak.Hadoi,penat nak taip baik.  = =
Macam tahu je lagu ni aku bengang.Ok bye.:)







Saya Tak Suka .


Kh buat m/s13 & 14(buku kerja),bm..buat ringkasan m/s31 & 32(soalan pemahaman je...)(buku kerja)...ringkasannya buat dlm buat ringkasan danpemahaman....yg soalan pemahaman tu buat dlm buku kerja...mt buat m/s11(nombor 3)
Belum sempat nak fikir homework tak banyak Nabilah hantar message ni.Adoii,dia ni tak kesian ke? *joking*.Lagipun sebenarnya tak banyak pun.Ermm,banyakla jugak.Eh tak banyak pun.Hmmmmm.

Tak kisah pun,cikgu kan sayang saya.Hehe.Sebab tu lah bagi banyak homework.Supaya kita jadi orang berjaya.*mata berkaca sampai nak pecah*.Ok stop segmen sedih.Setakat ni kerja sekolah saya semua siap.Tahun lepas terlebih malas.Ok saya mengaku.Tak baik tipu.Takpe tahun ni saya nak kalahkan nenek saya.Abang saya.

Abang aku ni kan,nak kata bangga tak jugak ,tapi kan.. . .

Cuba lah dapat macam abang ni Geografi dan Sejarah 90 lebih.A pun abang banyak tau.Adik rajin la belajar nanti abah bawa kita pergi oversea
 NENEK!JANGAN LA BUAT SAYA NAK MENANGIS!Serius terharu kot,abang aku selalu bagi aku dorongan nak belajar.Nenek,sob sob.Wish you luck for your upcoming PMR.I love you nenek @abang@Muhammad Kashaf.

Itulah adik beradik,selalu mengingati kan,sebenarnya aku pelik ngan abang aku,dia ada dislekxia.


Abang aku susah nak faham bila baca buku atau cikgu ajar,kita belajar 1 kali dia belajar 3 kali.Lebih kurang macam tu.Sebab tu la aku pelik macam mana dia boleh jadi pandai.Seriusly tak percaya . = =

Yeay,cuti  ni abah plan nak pergi Pahang  dan Perak .Tak sabar!:)

Hope tak terlambat lagi .Hehe.

MY WISH FOR 2012
-I phone
-I pad
-Pergi Overseas*bukan atas laut,luar negara faham!*
-Semua A + setiap subjek *subjek PMR*
-Doa dimakbulkan
-Jumpa kawan lama.
Saya nak seorang kakak angkat boleh?hehehe. 

Orang pergi sekolah ,saya pergi..........................


Hi,bosan gila kat rumah ni,sekejap turun bawah,pastu naik atas,turun bawah naik atas,blablablabla.

Semalam kan lepas bangun tidur,saya tak boleh buka mata.Perit sangat mata tu,lepas saya buat hal biasa la kan,saya tengok mata saya bengkak.Bukan SAKIT MATA ok!But,mak saya kata jangkitan kuman.

Tulah,menangis banyak sangat,lepas menangis ,lap mata dengan tangan,memang la kuman suka!
 Ok fine memang betul pun,sebab tulah saya tak pergi sekolah hari ni,so boring kot,kawan chat budak sebaya   adik aku je.Mimpi apa tak pergi sekolah.Dashyat.Setiap hari buka facebook kerja nak main game.Adik aku kan wall dia penuh dengan Miscrits.Game dia macam Digimon.

Aku sebenarnya ambil inisiatif(jalan terbaik)tak pergi sekolah.Dah dua hari mata aku merah.Sob sob.Tadi kan pergi klinik doktor tu kata mata aku tak teruk sangat,kena jangkitan kuman .Doktor kata ada bisul(jangan bayangkan sebesar besarnya FAHAM!!!)kecik je bawah kelopak mata.Kalau kat pipi,JERAWAT(eyh,kau ingat pipi kita ada jangkitan kuman ke?Tanya internet).Alhamdulillah tak BERJANGKIT ok!

Jadi aku dapat la Antibiotik segala pil ,yang aku tak suka.Ok ,terpaksa la telan.Antibiotik ,aku tergigit dan rasa dia ,PAHIT!Nasib baik aku tak muntah waktu tu jugak.Adik aku yang 5 tahun pun tampar pipi aku suruh aku telan.Adik aku ni kan ...= =Dahla sedap.

Mak aku suruh doktor bagi aku cuti sehari je.Tapi doktor Yusman bagi cuti 2  hari.Alamak,bosan la aku.= =.Doktor ni kan.Hek Eleh aku pergi la sekolah esok kalau aku dah sihat.Amin...Kalau tak sihat memang mampus = =

Rumah aku sunyi je tanpa abang aku.Takde suara yang suka usik aku hari hari.Takde lagi orang yang kata suara aku sumbang katak.Takde lagi yang membebel macam mak nenek nasihat aku tak couple ,kata dia MAKSIAT.Whatever la Muhammad Kashaf.Terima kasih nenek.Hahahah.

Ramai orang kata aku dengan abang aku ni adik beradik baik je.Kitorang gaduh jugak,tapi sekejap je lepas tu adegan salam and buat muka innocent terlebih .Takde scene mulut celupar,tarik rambut hempas pintu.Sebab tu lah aku sayang abang aku ♥ 

Cepatla balik nenek,huh.Aku pun nak ejek rambut kau tu.Hahaha.
Ok lah aku rasa terpanjang pula post ni.Bye bye!:) 



Yeay,dapat topup lagi!


Alhamdulillah,dapat topup lagi.Hehe.Awal awal 2012 saya dah terlebih excited.Banyak betul perkara gembira yang berlaku.Hehe.Topup Rm 5 yang saya dapat contest blog comel saya bagi dekat mak saudara saya.Yela,saya mana guna topup la beb,I use Celcom Postpaid.Pembayaran guna bill.Mesti ayah aku gembira bill tak melambung ,SEBAB CHARGET HANDPHONE AKU MALAS NAK CARI.Huhuh.

Dan kali ni dapat tempat ke 3 pertandingan puisi Dear Yayah.Hadiah Topup Rm 10.Not bad.But seriusly tempat ke 2 bertuah gila dapat t shirt dan teddy bear.Sobsob.Never mind,dapat topup saya nak bagi mak lang saya.Saya baik kan?Hehe.

Nak pecah perut tengok video ni.Haha,tapi bestla rentak.Ada scene yang buat saya muntah.Nak tengok tengokla.Mata kau bukan mata aku.Oh,lagu asal dia Moves The Jagger.Nak sama kan?Haha,you've brighten up my day :)


Haha,bestkan?Promote la kau kat facebook.

I know Nur Anis Adibah is reading this.Dibah,thank you sebab slalu tegur aku.Kadang kadang aku takut nak tegur ampa takut menganggu lak.Thank you so much!You have cheer me up today.
Kerja sekolah ,siap,latihan,dah buat.I need a friend to chat with.Seriusly.

Ha!Ok tak blog saya?Sekarang saya tak nak blog saya pink pink macam dulu!Ubah arah ke purple!Purple nice apa!Soft ,pastel!Tenang mata memandang.Dan lagu yang saya letak dalam blog tu Airplanes-Julia Sheer.Serius best!Mesti letak dalam blog jugak!Kalau lagu tu annoying sila pause.Ala,dekat gila kot,masuk masuk nampak player tu.

Ok bye!:) Request me to follow back?Cepatlah!Dalam mood baik gila nih!

Baju dan tudung sekolah baru  untuk 2012 dah siap!Baju ok,BUT TUDUNG!Omg,confirm orang ingat saya budak KAA(kelas aliran agama).Huh huh.Saya minta mak saya pendekkan sikit.Sikittt je.Hehe.Tak sanggup ke sekolah macam tu. = = 

Grrrrrrrrrrrrrrrr,lapar!


Aku lapar gila ni.Tak tahu mak dan abah menghilang kat mana.Beli makanan la tu.Tadikan aku ingat bawah tudung saji ada maggi tengok tengok ada ikan bilis.Ikan bilis masuk dala mulut aku,BLEKK!Macam nak muntah balik!Sengal kot.= =

Oh tau tak,Diana buat gambar untuk aku.Weyh,aku  terharu lagi .Segmen terharu aku nak start dah 0 saat je lagi.Jom tengok,



Hee,comel kan?Serius aku suka!Sebab anime dan warna pink!Grrr,hilang sekejap lapar aku tengok diorang ni.Dyana ni kreatif tau,tangan seni .Rambut dia pun cantik.Mak!Bila nak balik ni!Saya lapar!

Ha,korang kenal tak Sunny Choi.Ala pemain piano antarabangsa.Search kat Youtube laju laju.Dia main piano smooth gila kot.Ternganga aku .

Aku paling suka yang ni,ni,tak menitis langsung mata aku.Biasalah tu,kalau aku tak tengok real real aku tak menangis.Faham tak?Tak faham sudah.BLAH.*sorry ayat laser*


Nak tengok tu jangan lupa fullscreen.Dahla cantik,berbakat lak tu,Aku tak tahu sejauh mana akademik dia tuh kan.Tapi she looks educated.Kerja sekolah aku tinggal sikit lagi nak siap.Ok nak chao dulu!Bye!

EH!JAP JAP!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ok bye korang!hehe.

Ice Cream Paling Sedap Di Dunia!


Tadikan saya makan aiskrim yang sedap kat dunia.Sape nak cuba?Jom pergi Alamanda!Hehe,taklah,biasa biasa saja.Sedap kot.Tapi taklah sampai tersedap kat dunia.= =.Lerr,kau terpengaruh dengan tajuk ke?The answer is SORRY.Tak sengaja ok.Jangan blah dulu,skrol bawah laju laju macam roket.

Kebelakangan ni ,aku pelik gila kot,tengok la cermin hari hari.Tapi aku tak pernah puas la.Tau kenapa.Pencuci muka saya habis ,dan.Cute red pimples(ehem cute la sangat) kat muka saya berkurangan.Muka pun tak berminyak.Pelik.Aku tanya la mak aku.Mak aku tanya jenama apa aku pakai selama ni.Aku katalah Safi!

Hmm,muka Aisyah tak sesuai pakai Safi.Pakai sabun Baby Johnson je lah

Dush.Terpana hatiku yang lara ini .Haha.Pakai sabun.Yeah..

Satu lagi,aku terharu gila kot dapat ni dari ex dormmate aku:

oit :D aq rindu sangat kat ampa.....miss u very much..i wish that we can meet again..miss u :D
-syairah & Irdzni Darwis
"aishah lma x jumpa isk isk
until we meet again someday
insyallah
♥ u -jieha-
dorm d
skrng dorm c hihihi 
Jieha dan Sya post kat timeline aku.Diana message aku yang ni:

 Aisyah…..Kami smua rindu sgt2 kt ang..
byyee.....
dan yang ni.Dia post 2 message serentak.


 INGAT-INGAT ITU REMEMBER,
JANGAN LUPA ITU DON'T FORGET,
SAYA SAYANG KAMU,I LOVE YOU,
HANYA KAU LAH ONLY YOU.... 

Siapa lah yang terharu kan.Aku terharu gila kot.Nasib baik tak menangis berguling guling.Love you all ex Dorm D 2011 include:

Kak Alin
Kak Dania
Syairah
Diana
Jieha
Adibah
Afiqah
Aisarah
Sakinah
Rabiatul 

 Fakta:Orang Perlis nama sedap didengar.Kan kan kan?Kaji sendiri di Perlis!:D

Uhh,kena lagi.


Hai korang,once again,saya tak betul.TAK BETUL.Salah.Salah.Grrr.Benci gila kot.Lambat pergi sekolah ,AKU.Tak call ambil dengan transport ,AKU.Semuanya aku.Hell yeah dude.Indahnya dunia ni.TERLEBIH ADIL bila sampai bab aku.When it comes to somebody's chapter,it flows smooth.Takdir kot.

Tadi baru perasan satu fakta tak menyeronokkan,bila aku rasa tak adil,selera makan aku terus takde.Hurr.Jangan pelik.Kalau kau tak suka aku mesti kau cakap 'PADAN MUKA'.Macamlah aku tak tahu.BLAH LA KAU.Grrr.= =

I need someone to release my stress.Anyone?Oh please,saya keseorangan .Need someone that can be a real friend.Bukan friend yang menyusahkan.Atau yang panggil kau penyibuk.Ok yang penyibuk tu wajibul ghunnah dah melekat kat aku.Tak boleh leraikan dah.Huahua.Love my haters.Especially YOU.Ya awak.Saya tahu awak baca post saya.Sila jangan menyampah.

Mind intro?Budak yang suka bercakap,keseorangan ,terkenal dengan panggilan PENYIBUK oleh seorang hater yang dikasihi,Ok that's all.

Actually,aku teringin nak letak heartbeat kat blog aku,ads,nuffnang.Tau sebab apa?DUIT.Jangan panggil aku mata duitan Athirah.Hehe.Tak sesuai la.Huahuahua.

Tapi kan ,aku terfikir idea buruk.Maisarah kata kalau kitorang ada Churp churp kan,setiap hari exchange click churp churp.Cool an?Idea idea idea.Dia kata lagi,kalau cash out dapat duit.Handphone.Itu yang Maisarah tuh kata.Hehe.Mai,Mai.Sebenarnya aku pun terfikir.Nak tahu apa itu churp churp?

Ala,bila orang click dapat duit tuh.Bila cukup seratus,dia akan hantar .Masukkan dalam akaun bank.Takde akaun bank,ayah mak awak kan ada.Ha,satu lagi,kalau korang cukup RM100 awal bulan 5,dia akan sampai akhir bulan 5.Clear?Ok dah.Bye bye readers and haters yang disayangi.

DON"T DISTURB


Helping my friends to edit their blog.Cantik tak?Huahuahua.Takpe sekejap je edit.


Sibuk la minggu ni.Homework banyak,online and blogging pun terkurang.WHAT?TERKURANG?

Takpe tak stress pun.Happy je.:D

Running Hands



Best kot taip sini taip sana.Hehe.Lari tak laju.Taip laju.Huh.Laju la sangat = =

Having fun in my new car.Comfortable.Tak perlu berhimpit dengan adik adik.Abang saya plak suka kacau orang.Dia kata,saya duk depan dia bolehla dia usik usik .Hahah.Abang abang.Tadi pun dia asyik usik kepala aku,kang tercabut awak juga yang kena.Hewhew.

Great,nak taip lagi,otak bagi isyarat suruh saya tidur.Urgh,dah la ada sleep problem.Ok bye.

esok kena pakai uniform puteri islam.Serius pinky weh.Nanti confirm ada mulut terlebih insurans panggil aku pig.Kurang jeruk = =

Terharu kot.

Hi doodles!(hurm,)

Ok kereta baru sampai.Macam orang jakun kot dapat kereta.Seriously.Huahua.Malu jiran tengok kitorang adik beradik test duduk dalam kereta Innova tu.Macam tak pernah naik kereta je = =".Oh well terharu dengan seseorang bernama Nurnajieha.Add dia kat fb banyak banyak!Jangan lupa nak ngorat tau!:P

aishah lma x jumpa isk isk
until we meet again someday
insyallah
♥ u -jieha-
dorm d
skrng dorm c hihihi

siapa tak terharu kan.Click sini kalau nak ngorat dia.--->https://www.facebook.com/profile.php?

ps://sorry Jieha.love me always ok.HUAHUA.

Oh,abah kata nak bawa jalan jalan lepas ni,but dengan syarat,homework siap.NO,NO!NO!

Jap nak check kerja sekolah.Alahai,esok math takde bm takde.No need to scared dude.Bila hari sebelum ada subjek hantu tuh baru but.hahaa.(tapi saya tak sekejam itu ok)

ps://err,hantu?

Hmmm,ok la nak bersiap siap.Bye blog bisu.

Sleep Problem .Again.Haish


Assalamualaikum,

Ok dah lama dah perasan pasal benda ni.Walaupun saya tak tidur petang tapi memang susah gila nak tidur malam.It starts since I was in Derma.Ok .Dan berlarutan sampai sekarang.Ingatkan dah mampus dah tabiat tu,rupanya makin menggila dan menggila.

As you can see,saya sedikit pun tak rasa mengantuk.Serius.Tak minum kopi,teh pun tak.Minum  air masak banyak je.Tak logik la kalau air masak buat kita mengantuk la kan.SANGAT TAK LOGIK.

Oh,saya masuk pertandingan bergambar dengan novel kesayangan.Guess hadiah dia apa.Barangan beharga RM100 .Wah wah,hee.Novel aku pun kalau nak himpit dalam gambar rasanya dah tak muat.Dah penuh bilik aku.Mau tak penuh kalau novel dah 500 = ="Berr.

Rasanya aku paling pelik kot,sebab akan bergambar dengan BAJU SEKOLAH.Ok,weird kan?Jangan gelak.Hoho.Ok bye.Nak paksa mata ni rasa berat ..Urgh

Hai awak.


Assalamualaikum,

Alhamdulillah,homework Math aku dengan Bm siap.Fuhhh.Tak nak cipta rekod kerja sekolah bertangguh tahun ni.Tolonglah .Please.*aku tak tahu aku minta please kat sape.oh silap.Kat tuhan aku,ALLAH.*

Yang bestnya bila habis buat homework boleh monopoli internet puas puas.Huahuahua.Tapi takla sampai terlebih had.Nanti sampai tak sentuh buku memang sah mampus.

Abah ada beli kereta Innova sejak tahun lepas,2011 tapi tak sampai sampai tahun ni.Harap harap sampai esok la jugak.Amin.Kalau tak sampai ,memang muncung mulut aku setiap hari .huhu *ok memang tak baik,jadi jangan ikut berr(nak cakap derr sebenarnya)

Fulamak,teringat sis Tengku Fatin.Huahua.Serius gempak kot vlog vlog dia kat youtube.Terlebih rugi kalau tak tengok.Hoho.

Ok bye bye.*Sengih*

Sape nak jadi kawan aku?Offer!

taeyeon and teukki .aww <3

Assalamualaikum,

Saya bosan sekarang ni,takde kawan nak chat kat fb.Blablabla.Seriusly I am bored okay.Besfiee aku pun jarang online.Nothing to do with facebook.Blog,takde semangat sebab takde orang baca.Blablabla .= =

Snsd nyanyi lagu Sorry Sorry.So cute and glamorous.Waaa >_<

Oh,tajuk tu main main je.Ok la aku nak buat baik jap hari ni.Hello,aku setiap hari baik .*cewah*

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.








Poor you dear.


Assalamualaikum,

Sedih bila tengok wall post Sabihah (friends di facebook).Kakak dia Nur Sabrina Dhamirah hilang tak dapat dikesan sejak 4 Januari yang lalu.Kata Sabihah,kakaknya tinggalkan nota sebelum hilang.Dia tak dapat dikesan pukul 5.40 pagi.Hari ni genap 5 hari dia tanpa kakaknya di sisi.They seems to close.

Bukan kakak dia je yang hilang,bf kakak dia Rafiq Aiman pun hilang.Ada yang kata kes bf gf lari.Tapi Allah saja yang tahu diorang kat mana.So siapa yang ada kat area Seremban or di luar Seremban tapi nampak diorang sila hubungi :

019-3303680(shamshul)/019-3137372(normala)
Sabrina Dhamirah



Rafiq Aiman






Kalau sanggup,sila tekan butang share eh takde lak.Share post ni.Ok?Please la,takkan hati korang tu kering.Cuba letakkan diri di tempat Sabihah.Siapa tak sedih kan?




Homework,I Love You.XOXo

Assalamualaikum,

Snsd,OMG.


Saya tak tahu kenapa kebelakangan ni suka homework.= =.Bukan nak show off okay.Tak fasal fasal kau tulis post pasal aku perasan.BLAH.*ceh buat kejam lak*

Tabiat saya dengan boyfriend saya iaitu homework ialah dating malam malam.Tak berapa bersemangat kalau buat homework pagi pagi.Time pagi saya online dan berblogging puas puas.Hehehe.Time malam malam dalam study mood.Setiap orang ada cara belajar dia kan?So do I.Never judge a durian by it's thorns okay.Pergh,peribahasa BI baru.Hahaha.

Malu sikit la.Classmates gua jarang kot online.Takkanlah 24 jam diorang hadap buku.Pergh.Cara diorang belajar tu.Bagi aku stressful bila tak dapat hadap notebook kecik kesayangan aku.Macam nak pengsan kalau tak dapat sentuh .*sengih*Tapi takpe.Asalkan pelajaran aku maintain dengan belajar malam malam.Takut hantu?No no no.*gulp*

Mak aku kata online and blogging la puas puas,asalkann study maintain, no B and C and D and E.Ok mak!:D Yippie.

Oh,aku rindu Izzah dan Safiah Dan Syima Dan Kak Alin dan Kak Dania dan Adibah,dan Syairah dan Rabiatul dan Afiqah dan Aisarah dan Jieha dan  Diana dan Sakinah dan err jap nak kira takut tak cukup nanti diorang pancung aku,hmmm dan ha dah cukup.I miss them you know blog yang bisu.And they did'nt know I miss them .

Ok la sampai di sini sahaja.Idea pun dah berkarat.Kang lagi panjang korang cepat klik kotak merah hudus tu.Tula yang aku tak suka .*sengih lagi*



Giveaway again!HOHOHO

Assalamualaikum,saya bosan ok.BOSAN.



Tagged:


Dan terima kasih kepada yang tag saya :D


Demam ?


Assalamualaikum,

Im not feeling well again.Demam.Grrr.Whatever.What?Blog saya tukar lagi.Well,okay .Memang tukar pun.Sape tak kenal Aisyah?Grrrrr.

Badan macam kena panggang kot.Sebenarnya ,memang nak buat kerja sekolah but,rasa penat kot.Panas badan.Please,serve me millions of ice!Nak terjun dan sejukkan badan!Hahaha!LOL.

Alhamdulillah,school is alright.And I love Geografi And Math.Subjects that I hate since form 1.And sekarang jadi boyfriend saya.:D Maaf kita tak boleh berdating kali ni.Saya demam.:'( Jaga diri my boyfriends.IHIK!

Ok bye!Nak turun bawah dan cari solutions nak cool kan badan yang panas.Uhuk!



Egg fight


Assalamualaikum,awak di depan monitor.Jawab la salam.Wajib.= =

Tadi dalam mood terlebih rajin.Selalunya aku diam je,tak nak adik aku babitkan soal'akak,buat air'.Hahah.Saya tahu saya jahat.Tapi hari ni siap tanya adik adik aku nak air apa.Walaupun aku tahu favourite diorang tak lain dan tak bukan Milo,Teh Ais,Orean.Takde benda lain.Biasalah budak budak.

Parents aku keluar beli makanan.Al maklumlah ,nasi tinggal untuk sorang je .Jadi aku terpaksa bagi adik aku makan dulu.Bertolak ansur la katakan.Aku sayang adik adik aku.And they respect me too .

Yang buat aku badmood seketika ialah,diorang kan lapar.Aku pun lapar.Budak budak la katakan.Waktu adik aku jamah nasi telor dengan kicap,adik aku yang 5 tahun lari punya lah laju,dan rampas telor goreng tu,nak cicah dengan kicap.Jadi diorang kejar kejar la,tempik tempik.

Aku tak suka okey.Seriusly,I don't like it.They made me stressful.Urgh.

Dan akak ni berjaya buat aku dalam good mood balik.Thank you kak Tengku Fatin.Love you so much!Jom layan vlog vlog dia.Orang yang putus cinta pun boleh senyum balik.Believe me.



Sempoi habis kot.Semua nya bermula dengan facebook.Senior aku post salah satu video I mean vlog.Aku play je vlog tu terus aku Fall In Love.Dan blog dia,user dia page dia semua aku tahu.Kan best kan ada kawan sempoi macam dia.Kan kan kan.


Penatnya!


Assalamualaikum,(jemu la pulak)

Hari ni rasa penat gila kot.Lepas habis ceramah rushing ke bilik BOSS nak ambil buku teks.Serius lama kot kat situ.Penuh dengan budak form 1.Oh sabar jela.Tapi ada abang abang form 4 dan 5 buat gedik.Euww.I mean.EUW.Mengalahkan perempuan.Aku yang dah lama kat situ sabar je tau.Bila semua orang dah balik baru aku dapat set buku teks.Hish.Geram pun ada.But asalkan ada.

Satu lagi nasib tak baik menimpa aku.Hurghhhhhhh.Mak tak dapat ambil.Kereta abah guna.Jadi aku jalan kaki je.Dah separuh jalan @ separuh mati  tiba tiba mak datang.Kata mak dia risau.Mak berjaya buat aku terharu.Sobsob.Dan ibu Mumtazah tumpangkan kami.hehe.

Dan akhirnya sampai la rumah dalam keadaan penat tapi boleh berblogging.Grrr.Dan aku geram sedikit dengan abang aku.Abang aku memang nak cepat je.Dia selalu jalan kaki balik rumah.Nak tunggu aku memang bukan kerja dia.Erggh.Nak tahu tak,pagi tadi aku jumpa abang aku.Kira berselisih la.Aku pandang la abang aku.Abang aku pandang aku macam senior senior pandang aku.Tak kenal.Grr.Geramnya...

Nasib baik abang aku.Urgh!

Malam ni nak buat homework.Once again,I LOVE HOMEWORKS!PAKWE AKU YANG BARU!hehe

Masa memang cepat berlalu.


Assalamualaikum(once again huhhhh)

Sebenarnya aku bengang tadi.Buku teks tak dapat lagi dan...dapat kerja sekolah.Wait,teruskan bacaan.Waktu tu punyalah bersemangat.Tengok buku nota.Peta blabla buku teks muka surat blablabla.Then ,muka aku jadi bengang.Macam mana nak buat menatang ni huh kalau takde buku teks huh?Buku teks memang penting.Cikgu Sains suruh lukis Central Nervous System.Nasib baik aku ada akal*semua orang ada akal*.Aku cari kat internet ,then aku lukis ,refer to gambar yang aku cari kat internet.Oh yeah,gambar mengalahkan gambar rajah kat universiti.Uhhh

Lepas aku lukis tu,dan aku bandingkan ,memang 100 peratus lain dari yang original.Makin buruk .Makin buruk.Huhhh.Harap harap cikgu tak marah aku lukis gambar lain.Cikgu pleasela.Asalkan saya buat dari tak buat.Ikhtiar cikgu.Please.Hahah ^ ^*boleh pulak gelak budak ni*

Teringat waktu form 1.Punyalah macam bulan madu sangat.Mentang mentang form 1 kan.Masuk form 2 dah tahun ni.Tahun depan?Ok,memang cepat.Tahun depan depan lagi,SPM.Masuk U.Kerja.Kahwin.Jadi parents.Ok whatever.Fokus pada sekarang.Kalau fikir lebih pasal masa depan terkandas macam kambing pulak .*err,kambing?*

Alhamdulillah,rasa bersemangat gila nak datang sekolah esok.Nak belajar.Eee,seronoknya!!!*ingat aku geli sesuatu ke?*

ps://Pergh,panjang betul post kali ni.Juling mata orang dibuatnya.Haha

First day .And I Like It!



Assalamualaikum(buat julung kalinya)

Hehe.Alhamdulillah best betul hari ni!Dapat kerja sekolah!Yeay yeay yeay!I love homeworks so much!;)Kalau nak tahu kan saya berimaginasi tinggi sejak semalam.Bayangkan kalau bila saya datang sekolah,semua pandang saya,pandang dengan benci dan ....BERTUKAR JADI VAMPIRE YANG HODOH!Tapi takpe kawan kawan sporting sporting dan baik baik je.Dalam 2 Ibnu Hayyan,semua cool dan baik baik.Belakang aku ada dua perempuan banyak cakap --->dan suka melukis.2 minah kat depan aku pendiam sikit dan banyak berbisik,dan sebelah aku ,pendiam.:D

Aku terima je siapa ketua kelas dan penolong.Jatuh kepada Armand  eh Armand pulak dah.Harith dan  Fatin Ashira.Fatin cute tau!!Nak letak picture dia ke?Oh tak boleh,dia comel sangat.Hehe.Dan tak sabar nak belajar.Ikutkan nak ulangkaji hari ni,tapi buku teks tak dapat lagi.Haish.Never mind esok dapat jugak kan.Kalau tak dapat tu--->TAK TAHU LA.

Sebenarnya aku cuba nak jadi talkative but not super talkative.Malangnya,hanya berpatah patah perkataan yang keluar.= =".Tak apalah,diam pun diam la.BlablablablablblaBLA!

Ok cikgu pun bagi special present hari ni.Homework.;)

ps://tak sabar untuk hari esok!:D