Nak menangis je kerja.Hampeh.




Giat betul berblog waktu exam ni.Sekarang ni buku Sejarah tebal kat sebelah.Tab kedua Sasbadi Online.Cikgu Rashke kata tak sempat kalau nak hafal semua.Aku ingat lagi apa cikgu Rosmah pesan tahun lepas,buat latihan rujuk.Buat latihan ,rujuk.Alhamdulillah,menjadi tahun lepas .Tapi sikit lagi nak dapat A.Sayang oh.Nak tebus balik tahun ni.Result ujian lepas tak memuaskan .TAK.

Oh.Ter-merapu lagi.Nak cakap sesuatu ni.It's about my addiction to novel. 2 tahun lepas.Kegilaan baca novel aku memang tak boleh nak dihentikan.Pagi petang siang malam memang aku bacaaaaa je novel.Ingat lagi waktu darjah 6.Subjet Math,Science,BI asyik C ngan B.Reason?Novel.Still ingat lagi mak dah larang bagi baca novel.But saya degil.Peperiksaan percubaan dapat 3 a je.Mak simpan semua novel.And...sampai tahun ni.

Still ingat lagi ,lepas mak tarik novel pergi buat cerpen banyak banyak.Novel dah 100 mukasurat.At the end,dibuang dalam tong sampah kelas 6 Turquoise.Sedih gila.Dengan novel lah saya improving karangan BI and BM.Sekarang dah dua tahun tiada novel weh.Dah merayu kat mak,tunggu habis exam.Tak akan dapat punya.=.= NEVER.

I lost my strength for BM and BI.BM ngan BI dah tak jadi subjet kegemaran dah.Malah,saya dah makin benci ngan novel.Sakit hati tengok novel.Kat Alamanda,nampak orang baca novel.Kat kelas novel.NOVEL NOVEL NOVEL.Saya tak boleh berterusan sebegini.Kadang kadang saya macam nak menangis . Dah banyak terskip novel Ain Maisarah,Farihah Iskandar,Hasif Hamsyari,JK Rowling,Jeanne Ure,James Lee.Urgh.Sedih gila.

Kali ni nak tulis cerpen ngan nak tulis novel dah tak boleh.Idea dah ditelan dek kesedihan.Tak boleh lagi ligat menulis cerpen atas kertas banyak banyak pastu baca sorang sorang.Satu ayat mahupun 1 perenggan pun tak jalan.Borang pertandingan cerpen still ada kat almari.Tarikh tutup 31 Mei.27hb pertandingan choral.Tolongla.Tak sempat nak buat.Terima je la hakikat.Saya dah tak boleh menulis.Saya tak akan jadi penulis novel sampai bila bila.

Serius saya sedih.Saya terpaksa luah kat sini sebab takut menggangu waktu exam.Hari Khamis exam BM ngan Sejarah.Ok.Saya mengaku.Saya rindu sangat untuk baca novel.Novel segala galanya bagi saya.

Wish me luck for exam this Thursday.Bye.

No comments: