Melakar kembali masa lalu.



Satu transformasi yang agak membingungkan.Kali ni akan aku bawa kalian ke dalam alam dimana aku berbahasa begini.Ain Maisarah telah menerapkan perihal BMT iaitu Bahasa Melayu Tinggi dimana kita perlu membiasakan diri berbahasa penuh,tatabahasa 100 peratus.Mampus aku.Sudah lama tidak menulis seperti ini. Minda memaksa menulis sahaja bahasa pasar/KL dan sebagainya.Ini post aku yang pertama.Sila baca.->sini.

Tadi adik aku sempat membuat lompatan.Sedikit lagi mahu mengenai papan kekunci tersayang ini.Kamu baikkah papan kekunci.Adik aku berusia 2 tahun.Tidak mengerti apa apa . Sabarlah.Padahal tadi hampir hampir sahaja hendak mencubit pipinya yang selembut kapas walaupun tidak begitu  hebat tahap 'kapasnya'

Peperiksaan membuat aku sangat gementar.Segala I learn,nota dan buku buku setinggi adik aku yang berusia 2 tahun masih tidak tersimpan dalam kotak memori aku yang tidak pasti berapa MGnya yang sebenar.Alangkah bainya kalau post ini boleh sahaja disumbat dalam otak ketika sesi mencari idea untuk novel berlangsung.Segala manuskrip novel berjaya dihumban dalam tong sampah.Haha.Kelakarnya.

Nampaknya I learn BM ku masih berbaki 40 minit.Harapnya 100 markah dalam tangan.Kalau tidak akan aku ulang post sebegini beratus kali.Sekian.

ps://Ni aku ke yang tulis?

No comments: