Orang pun ada cerita raya jugak


Nak cerita pasal pengalaman kat kampung jeh .Takde gambar kata bosan .Jadi jangan baca la jawabnya .Boleh tekan sini .CAKK !  Tapi esok sekolah jadi tak rasa dah syawalnye .Tak kisahla .Grr.

AMARAN .LONG ENTRY .

Hari pertama :

Bertolak ke Sabah .Sebelum tu dari Putrajaya guna Putrajaya transit ke KLIA .Sampai sampai airport tunggu .Menunggu ~ ~ ~

Hari kedua (1 Syawal ) :

Hari ni baju kelabu kebiruan .Nak gambar ? Ala ... malu ah nak letak .Muka aku macam apa tah .Macam halal je hahaahahaa .Memang halal pun . Bergambar dalam rumah nenek yang dah 100% renovate babe .Siap ada aircond lagu gilaaa .24 jam nyaman je dalam rumah ini best ni .Sayanggg Sabah .

Bergambar ramai - ramai dalam rumah nenek . Aku ni tak fotogenik cam cousin aku Ika .Dia tu bolehla .Haha XD Ini pujian ok . Dia fotogenik dan comel :3 Aku dah tatap fbee auntie aku banyak jugak gambar aku yang 'boleh jalan ' .Dah update aku ni kot HAHAHAH .

Open house di dua buah rumah .Lebih .Duit raya jangan cakap la .Kita datang rumah orang bukan untuk duit raya ok *perli siapa pun tak tau *

Hari tu memang rasanya jimat betul rumah nenek .Takyah masak pun .Jimat energy , accept reality , perut kekenyangan berkali - kali .Ampun ~

Hari ketiga (2 syawal ) :

Gaun labuh warna kuning lebuh .Gaun labuh ok .Get it ? Goodddd . *teringat Maria Elena .Eh ?*

NON - STOP OPEN HOUSE .Berdangdut perut setiap hari .Bertahanlah perut .Jangan simpan lemak selagi aku tak merelakan !!!!!!!!!!!!!!!! NO !

Pergi Salut . Menikmati Jeli Kelapa .Cish .Tak berbaloi betul mengigau Salut dalam tidur semalaman .Kali ni silap gerai pulak .

#Aduan 1 : Jeli kelapa ada yang masam . Ada yang manis .Tak sedap - tak sedap .
#Aduan 2 : Aku order maggi kari . Tau dia bagi apa ? Semangkuk air panas kosong , telur , dan diselit perencah maggi kari (2 minit ) yang famous tu .I mean ? The heck boleh masak kat rumah la macam ni -.-
#Aduan 3 : Banyak banyak aduan tak bagus gak .

Hari keempat (3 syawal ) :

Baju warna kelabu gak .Hari ni open house dekat rumah nenek sendiri .Jadi no visiting hari ni .Tugas aku cuma melayan dan melayan saudara mara yang hadir .

The best part !!!!!!!!!!!! Auntie bawa pergi tengok wayang Step Up Revolution ! Waktu tetamu sudah sikit , aku , cousin aku Ika , Ikin dan auntie Masnah <3

Movie pukul 11.30 jadi kitorang lepak kat Starbucks jap . Pastu berkali kali berehat kat Rest N Go .Ma first time babe .Best kena urut dengan teknologi , hahah .

Pastu main Archery :D Yeyeh .

Movie selama 2 jam 30 minute .Balik rumah pukul 2 pagi  lebih .All doors closed jadi terpaksa berjalan jauh untuk  ke parkir kereta .Best woooo .Love you auntie <3

My first time tengok movie 3D .Tak berkelip mata langsung .

Hari kelima (4 syawal ) :

Open house again . Pastu jalan jalan dengan Auntie , nenek dan Ikin gi 1 Borneo .Girls day out again .Ikin ada handphone .Ewah , baru 9 tahun dah ada handphone .Tak aci .Siap bermesej lagi dengan aku XD Dia beli guna duit raya sendiri .Banyak betul duit raya kau Ikin .

BEST .

Hari keenam ( 5 syawal ) :

Tak pergi mana mana .Layan movie Harry Potter di rumah .Harry Potter and The Deathly Hallows part 2 .Gempak woii .Bergelimpangan di rumah berbaring .Pergi open house terakhir di Kampung Gudon .Finally duit raya dah RM 113 ! :) Alhamdulillah , rezeki .

Hari ketujuh (6 syawal ) :

Excited balik rumah .Im here !

_______________________________________________________________________________

Ni satu lagi ni .Budak budak datang rumah aku semata mata minta duit raya je ? Ewah ewah , sedap sedap je korang ye . Pergi rumah orang minta duit , dah dapat pergi balik .HECK ? Memang bengang betul aku  .

Kebanyakannya kawan kawan adik aku lak tu .-.-



No comments: